Wednesday 2 July 2014

Bahaya Kolesterol dalam badan Kita.

Kenapa Kolesterol berbahay dalam badan kita???
==================================

MANUSIA memerlukan kolesterol bagi membentuk sel, hempedu dan hormon tertentu dalam tubuh tetapi paras kolesterol yang tinggi mendedahkan individu kepada pelbagai penyakit berbahaya. Penyakit jantung koronari disebabkan paras kolesterol tinggi dalam tubuh menjadi pembunuh nombor satu masyarakat di negara ini. Pesakit juga terdedah kepada serangan strok atau angin ahmar sekiranya paras kolesterol terlalu tinggi. Apakah faktor yang menyebabkan paras kolesterol tinggi dalam tubuh dan bolehkah keadaan itu dikurangkan?
Kolesterol dihasilkan oleh hati dan ia wujud dalam darah setiap individu. Pengambilan makanan yang tidak seimbang dan kaya dengan kolesterol akan mendedahkan seseorang kepada masalah kolesterol tinggi dalam darah. Penghasilan kolesterol secara berlebihan oleh hati dikaitkan dengan faktor genetik dan keadaan ini sukar dikawal biarpun individu berusaha mengurangkan pengambilan makanan kaya kolesterol.
Ada pesakit mengadu tidak mengambil makanan kaya kolesterol tetapi paras kolesterol mereka tinggi dan ini sebenarnya berpunca daripada faktor genetik. Mereka yang kuat merokok juga terdedah kepada masalah kolesterol tinggi.
Bagaimanapun, paras kolesterol tinggi yang berpunca daripada faktor pemakanan tidak seimbang boleh dicegah.
Masalah kolesterol tinggi lebih terdedah kepada lelaki berbanding wanita. Namun begitu, apabila wanita putus haid, mereka tidak terlepas daripada mengalami masalah kolesterol tinggi dan sebahagian besar daripada mereka terdedah kepada sakit jantung koronari. Sebelum putus haid, hormon estrogen melindungi wanita daripada sakit jantung koronari tetapi selepas menopaus, hormon itu tidak lagi dihasilkan oleh tubuh dan ini mendedahkan mereka kepada pelbagai masalah. 
Tahap kolesterol boleh dikategorikan kepada Low Density Lipoprotein (LDL) dan High Density Lipoprotein (HDL). LDL membawa kolesterol untuk dimendapkan pada tisu manakala HDL pula bertindak mencegah pemendapan kolesterol pada tisu. LDL disifatkan sebagai kolesterol tidak elok manakala HDL pula ialah kolesterol elok.
Tahap kolesterol individu yang berusia 30 tahun ke atas tidak seharusnya melebihi 4.7 mmol manakala paras kolesterol mereka berusia bawah 30 tahun hendaklah kurang daripada 5.2 mmol. Lazimnya, pengambilan darah boleh menentukan paras kolesterol seseorang. Apabila individu berjumpa doktor, mereka akan ditanya mengenai sejarah dan latar belakang kesihatan diri dan keluarga. Jika paras kolesterol normal, doktor akan menasihatkan pesakit supaya menjalani pemeriksaan setiap lima tahun.
Bagaimana mengurangkan paras kolesterol?

1. Sekiranya paras kolesterol didapati tinggi, pesakit diminta mengubah tabiat pemakanan harian mereka.
2. Jika pesakit merokok, mereka dinasihatkan supaya berhenti.
3. Pesakit diminta mengurangkan berat badan jika terlalu gemuk.
4. Pesakit dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan berlemak.
5. Pilih kepingan daging tanpa lemak.
6. Jika memasak ayam, pastikan kulit ayam dibuang terlebih dulu.
7. Elakkan mengambil organ dalaman haiwan seperti paru, otak lembu, hati kambing dan hati lembu.  
8. Elakkan mengambil susu penuh krim atau susu rendah lemak. Sebaik-baiknya pilih susu skim.
9. Jika berhasrat mengambil ais krim atau keju, pastikan puan memilih yang rendah lemak. Bagaimanapun, sebaik-       baiknya ambil dadih.
10. Kurangkan pengambilan kuning telur kerana ia kaya dengan kolesterol.
11. Walaupun santan tidak mengandungi kolesterol, ia mengandungi lemak tepu dan apabila dimakan, santan akan         bertukar menjadi kolesterol.
12. Amalkan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Bersenam dapat mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Jika satu peratus kolesterol berjaya diturunkan, pesakit mampu mengurangkan risiko sakit jantung koronari sebanyak dua peratus. Sekiranya pesakit dapat mengurangkan paras kolesterol sehingga lima peratus, risiko mengalami sakit jantung koronari berjaya dikurangkan sehingga 10 peratus.
Rawatan
+ Oleh kerana masalah kolesterol tinggi yang berpunca daripada faktor pemakanan boleh dicegah, rawatan kepada masalah itu lebih kepada cara mencegah.
+ Bagaimanapun, jika ia berpunca daripada faktor genetik, doktor akan memberi ubat bagi menurunkan paras kolesterol dalam darah. Beritahu doktor jika pesakit alah terhadap ubat terbabit. 
+ Pesakit harus mematuhi setiap arahan sebelum mengambil ubat bagi mengelakkan kesan sampingan. Pesakit dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan setiap tiga bulan bagi mengetahui paras kolesterol mereka.
+ Pengambilan secara konsisten PHYTOCOL-ST Shaklee boleh membantu menghindari dari Kolesterol. 
Sumber:
Dr Sharifah Sakinah Syed Mohamad al-Yahya – Perunding Perubatan dan Endokrinologi (Diabetologi) Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor.

Sunday 15 June 2014

Peluang untuk mereka yang inginkan Kehamilan / Zuriat.








Set vitamin kesuburan Shaklee

Anak adalah anugerah ALLAH. Cahaya mata adalah harta paling beharga di dunia ini. Kehadirannya menjadi pengikat kasih sayang suami isteri. Namun tidak semua pasangan suami isteri begitu mudah mendapat zuriat. Ada yang cepat dan ada yang bertahun menanti barulah dikurniakan cahaya mata.  


Orang senang bercakap rezeki masing-masing. Tapi berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Pujian harus diberikan kepada mereka yg tidak kenal erti berputus asa. Usaha dan berdoa kepada Allah mesti berterusan!


Faktor Sukar Mendapat Cahayamata

·                     Kitaran haid tidak menentu sama ada 2 kitaran haid dalam sebulan atau 1 kitaran haid dalam     
               masa 2@3 bulan.
·                     Wanita yang darah haidnya terlalu banyak dan lama beserta dengan senggugut.
·                     Berat badan berlebihan antara punca tidak subur

Punca Wanita Tidak Subur. 

·                     Kegagalan berovulasi atau kegagalan menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan   
            ketidakseimbangan hormon.
·                     Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya
            disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan atau ketumbuhan pada bahagian     
            berkenaan (tiub falopio).
·                     Penyakit kelamin
·                     Penyakit berkaitan masalah pelvik.
·                     Merokok
·                     Pengambilan kafein yang berlebihan
·                     Terlalu kurus atau gemuk.

Punca Lelaki Tidak Subur.

+          Punca utama adalah disebabkan testis yang tidak normal
+           Punca yang lain adalah seperti duktul yang tersumbat
+           Masalah kelenjar aksesori yang menghasilkan cairan seminal
+           Gangguan hormon, teknik hubungan seks yang kurang berkesan dan faktor psikologi.
+           Masalah testis tidak normal berlaku apabila testis tidak turun ke skrotum (walaupun telah menjalani    pembedahan) dan jangkitan beguk merupakan punca utama infertiliti.


Set Kesuburan Lelaki.
================

Zinc Complex –

+      Mengaktifkan 200 jenis enzim – berkebolehan menggabungkan DNA, RNA dan protein, seterusnya merangsangkan regenerasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim didalam tubuh kita untuk memelihara metabolism gigi dan pertumbuhan para remaja.

+      Mempertingkatkan Sistem Imun- membantu  pengeluar  kelenjar thymus. Kelenjar thymus mempertingkatkan system imun dengan pengeluaran T- cells untuk menetang kanser dan menghalang infeksi penyakit.

+      Memperbaiki  masalah  Prostat -  Melindungi kesihatan Prostat , memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan prostatomegaly / pembengkakan prostat dalam kadar 70%

+       Kemampuan Seks Lelaki -  Pengambilan  zinc untuk jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks  yang bertenaga.

Vitamin E @ Vitamin Cinta.

+       Vitamin E adalah vitamin yang paling lengkap dipasaran. Mengandungi  10 mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap Vitamin E, memelihara membrane sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot.

+       Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif -  kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU – 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

+       Kelestarian Tenaga-  Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigan yang lebih.

+       Memperbaiki Arthritis -  Meningkatkan keanjalan salur darah , memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang,  pening,  buasir , urat  varikos dan sakit sendi.

CoQ10 HEALTH .

+       Kesuburan lelaki juga dipengaruhi oleh tenaga yang menurun akibat protein membentuk sebahagian besar sel-sel sperma dan bergantung kepada CoQ10.

+       Kajian menunjukkan bahawa punca utama kemandulan lelaki termasuk jumlah sperma yang rendah dan kualiti sperma yang kurang. Sperma yang baik ialah sperma yang mempunyai antioksidan yang tinggi.  Enzim CoQ10 dapat menghasilkan antioksidan yang kuat dan bermanfaat untuk kesuburan.

+    Fungsi antioksidan adalah melindungi telur dan sel sperma daripada kerosakan oksidatif yang membawa kepada kematian sel. CoQ10dapat meningkatkan kedua-dua air mani dan sel sperma dan meningkatkan pergerakan sperma.
+        Coq Health Plus Shaklee berbeza dengan jenama lain. Coq Health Plus Shaklee turut mengandungi vitamin E  dengan Green Tea Extract. Kombinasi CoQ10 & Vita-E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat didalam Vita E kerana CoQ10 membantu mengitar & menjana semula Vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.

Set Kesuburan  Wanita :
===================

Gla Complex :

+        Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega – 6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilan.

+       Mengawal  selia estrogen dan Testosteron -  GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki symptom PMS seperti kesakitan , mood swing, retensi air dan sakit payudara.

+       Melambatkan Menopaus -  Memperbaiki keadaan menopaus  seperti  hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, member tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.

+        Menghalang Komplekasi diabetes -  Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua.  Meringankan  kebas  dan kesakitan disebabkan oleh gula darah  yang tinggi.

Alfalfa Complex :

+         Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS

B  Complex :

+        Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah Vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui system pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B Complex setiap hari.

+       Melawan Tekanan  ( stress ) -  Memastikan kesihatan fungsi saraf sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia

+       Menukar makanan kepada tenaga -  Bantu penghadaman , menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan.

+       Meredakan senggugut -  baik untuk masalah senggugut ( PMS ), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

+       Detoksifikasi -  meredakan alahan.

Vita – Lea :

+       Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Isteri perlu melengkapkan kesihatan diri dengan mengambil multivitamin ini.

Esp  ( Energizing Soya Protien ) :

+       Baik untuk hormone -  Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormone wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol , mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

+       Baik untuk prostat -  Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum  ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovary, menopaus dan  pembesaran  prostat.

+         Pembekal Tenaga – Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan system imun, maka ia            baik untuk kekal bertenaga , mencegah migraine, imsomnia dan tekanan.

+         Membaiki Memori -  meningkatkan kualiti memori , vitality, dorongan seksual dan rangsangan.

+         Membaiki Pigmentasi – Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi , kedutan dan kesan tua.




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Nor hafizah Bte Rohani
♥ sms/whatsApp: 013-7009622
♥ Emel :  nazreen83peach@gmail.com
♥ Fb: fieza hafizah & ummi vita kiosk   sila klik LIKE utk info terkini



PERINGATAN:
Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini.


Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan dapatkan harga istimewa untuk set kesuburan wanita ini. Tips eksklusif dan cara pemakanan akan diberikan kepada mereka yang membeli dangan saya sahaja. 


Wednesday 11 June 2014

Kelebihan Vitamin Cinta ( Vitamin E )

Kelebihan / Manfaat Vitamin E yang dikatakan Vitamin Cinta..
==========================================






Pelbagai Vitamin yang berada di pasaran sekarang ni.. tapi kita tidak tahu kualiti vitamin yang berada dipasaran... tapi apa Perbezaan Vitamin Shaklee??

+ Ianya diperbuat dari minyak soya organik dan minyak gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis Vitamin E ( alpha, beta, gama, delta ). Ianya adalah Vitamin E yang paling lengkap dipasaran.

+ Mengandungi 10 mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.


Manfaat / Kelebihan utama Vitamin E:
==========================

1-  Melindungi Jantung.



Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid , meningkatkan kolestrol HDL , mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat kedinding arteri, menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dan lain2.


2-  Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif.





Kajian pada tahun 1924, memdapati Vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.
Kaum lelaki sangat penting dengan pengambilan Vitamin E ni kerana mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.


3-  Anti Penuaan 

Artis pun mengamalkan Vitamin E.

1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus , parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.


4- Anti- Oksidan yang kuat.



Pengambilan lebih dari 1,200 IU sehari untuk anti-oksidan  yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi- katarak dan masalah penglihatan.

5-  Kelestarian Tenaga .


Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih. Lelaki perlu/ penting dengan pengambilan Vitamin E ini kerana :

  • Menghasilkan / meningkatkan kiraan Sperma


                                             

  • Meningkatkan paras testosteron di dalam badan
  • Memperbaiki kualiti dan pergerakkan sperma
  • Mengelakkan cepat letih dan lesu.
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Mengelakkan mati pucuk

6- Memperbaiki Arthritis - Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi.


7-  Menghalang Keguguran.



Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin, keguguran.


8-  Memperbaiki Parut.



Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.


Banyak sangat kelebihan yang sangat bagus kan.. apa lagi.. Jangan tunggu- tunggu lagi.. dapatkan segera...



Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk Shaklee, samada kegunaan, cara penggunaan dan juga harga, mahupun membuat pesanan, boleh hubungi saya di:


Email : nazreen83peach@gmail.com


Facebook : Fieza Hafizah

SMS/WhatsApp  : 013-7009622

No id : 894333

COD : MUAR , LEDANG, BATU PAHAT

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.




Tuesday 10 June 2014

Apa itu penyakit Gout?

Apa yang dikatakan penyakit Gout?
========================
Gout. Gout dikenali sebagai sejenis penyakit arthritis yang paling menyakitkan. Ia disebabkan oleh kristal (dari asid urik) yang berbentuk jarum terbentuk dan berkumpul di antara sendi-sendi.

Apa itu gout?

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing.

Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia., sejak zaman dahulu kala lagi.

Pada masa dahulu, gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.

Siapa yang berisiko tinggi mendapat penyakit Gout?
===================================
Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. Dan mereka yang mengamalkan makanan yang tinggi protein.

Apa Tanda-tanda gout?
================

1- Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.

2- Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.

3- Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. Sakit juga mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.

4- Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Kenapa gout ini sangat sakit dan tak boleh diurut?
=================================

Ini disebab asid urik ini tajam. Kalau diurut, akan bertambah sakit. Dan asid ini juga bersifat menghakis, kalau dibiarkan lama, boleh terbentuk jadi kristal yang tajam.

Komplikasi / Kesan pada pesakit Gout.
===========================

1- Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan yang dipanggil ‘tophi’

2- Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ‘batu karang’.

3- Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti kegemukan, darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan kencing manis.

Cara Rawatan

- Ubat-ubatan anti radang (tahan sakit) berkesan untuk mengurangkan sakit,dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut (gastrik), ada sesetengah ubat tahan sakit mengakibatkan loya, muntah dan cirit-birit.

- Pengambilan set Shaklee untuk penyakit Gout : 

+ Alfalfa - detoks semulajadi bertugas menyingkirkan toksik dari badan. Pengamal Alfalfa perlu mengambil air yang banyak (sebaik-baiknya 3-4Liter sehari) untuk membantu melancarkan proses detoks.

+ Performance Drink - memelihara atau seimbangkan kandungan air dalam badan supaya badan tidak mengalami dehidrasi. Pesakit gout perlu menyingkirkan asid urik dengan lebih kerap kencing. Air yang mencukupi dalam badan amat penting untuk melancarkan proses pembuangan asid urik. Performance Drink berfungsi mengantikan air yang hilang dan memelihara tahap air dalam badan pesakit.

+ Omega Guard – mengelakkan keradangan sendi dan mengurangkan kesakitan.

Bagi mereka yang mengidap gout, cuba elakkan atau kurangkan makan makanan yang kaya dengan purin seperti:

- Organ dalaman seperti hati, paru, jantung dan limpa.

- Ikan bilis, ikan masin, ikan kembung dan ikan yang berbisa atau bersengat.

- Daging cincang

- Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging

- Makanan laut dan bercengkerang seperti ketam, udang, sotong dan kerang

- Asparagus, bunga kobis, cendawan, brokoli dan bayam.

- Kekacang seperti kacang tanah, lentil, kacang soya, dal, kacang panjang dan kacang buncis.

- Poultry (daging ayam yang telah diproses)

- Roti jagung dan bijirin.

- Makanan bercuka seperti sardine, kicap dan sayur jeruk

- Buah-buahan seperti jagung, limau, mangga dan semua jenis jeruk.

Monday 9 June 2014

Akibat kekurangan Air masak



Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Kadang-kadang kita terfikir..mesti x cukup tidur kan??? tapi  bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam mesti tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 % air dan 55 % bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 % berat jantung, 90 % berat paru-paru dan 82 % kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80% sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

==) Kesan kekurangan cecair:

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

+ Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
+ Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
+ Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan        bercetak
+ Tekanan darah menurun
+ Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
+ Lesu pada waktu siang
+ Sakit belakang
+ Dehidrasi
+ Sakit kepala
+ Memperlahankan kadar metabolisma
+ Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
+ Sendi dan otot mengalami kekeringan
+ Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
+ Meningkatkan keinginan untuk makan
+ Darah menjadi pekat
+ Mudah keliru.
+ Degupan jantung meningkat
+ Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

Monday 19 May 2014

Cara Penyusuan yang Betul.





TEKNIK PENYUSUAN SUSU IBU YANG BETUL

Untuk memastikan kejayaan penyusuan susu ibu, bayi perlu diletakkan dengan betul ke payu dara ibu. Biasanya, posisi dan cara meletakkan bayi ke payu dara datang secara semulajadi tetapi terdapat ibu dan bayi yang memerlukan masa dan latihan. Untuk melakukan dengan betul berikut adalah langkah - langkah yang boleh membantu:


  • Posisi
  • Pelekapan


  • Tanda-tanda pelekapan yang salah


  • Penilaian samada bayi menyusu dengan baik


Posisi

Pegang bayi rapat ke arah badan dan payu dara ibu.
Pastikan kepala dan badan bayi lurus.
Ampu bahagian belakang dan punggung bayi dengan kemas.
Anda boleh memegangnya dengan berbagai cara asalkan anda merasa selesa


  • Duduk dan letakkan satu atau dua bantal untuk mengampu bayi anda.



  • Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati - hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)

 Pelekapan

  • Baring mengiring dan bayi menghala kepada ibu. (Berhati - hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)
  • Rapatkan bayi ke payu dara (bukan payu dara ke bayi). Rapatkan seluruh badan bayi ke dada bukan hanya bahagian kepala. Pastikan seluruh bahagian tampok hitam (areola) masuk ke dalam mulut bayi.


  • Anda boleh membantu bayi melekap dengan memegang payu dara dengan tangan. Pastikan ibu jari jauh dari areola dan tidak menekan payu dara.


Tanda-tanda pelekapan yang salah

Jika penyusuan berjalan lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana puting berada jauh ke dalam mulut bayi. Kebanyakan masalah yang dialami ibu adalah kerana posisi dan cara pelekapan yang tidak betul.

Berikut adalah tanda - tanda pelekapan yang tidak betul dan boleh mengakibatkan masalah semasa

penyusuan:

Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
Payu dara mungkin bengkak.
Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan.


Bayi yang tidak melekap dengan betul boleh mengakibatkan masalah seperti kebengkakkan payu dara dan puting melecet.


Penilaian samada bayi menyusu dengan betul

Bayi menyusu dengan cara yang betul :

Mulut bayi terbuka luas.

Dagu bayi menyentuh payu dara.

Bibir bawah bayi bergulung keluar.

Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas.

Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam.

Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.



Sunday 18 May 2014

Petua Awet Muda Cara Islam



Petua Awet muda Cara Islam..

  • Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi... amalkan petua ini. Urutkan wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi dengan selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
  • Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan di dalam mulut selama 10 saat dan sambil selawat 3 kali, kemudian baru diteguk. Air liur mempunyai enzim yang boleh dijadikan ubat.
  • Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu , isnin, khamis, jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku atau rambut yang dipotong atau gugur. 
  • Semasa berdandan di waktu pagi, baca selawat ke atas nabi di kedua-dua dan diraupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusof. Amalkan setiap pagi.
  • Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita sebenar, amalkan petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah Yusuf, kemudian minum air suam sebanyak tiga kali teguk sahaja. Wajah kalian akan sentiasa nampak muda.
  • Hafalkan ayat 35-36 surah Al - Waqiah. Bacalah didalam hati setiap kali mandi untuk curahan yang pertama, mulakan dari kepala.
  •  Muka kita biasanya bangun dari tidur akan berminyak. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut( dagu ). Pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung, dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi dan di susuli dengan meminum air suam setiap pagi, perlu di ingatkan jangan sesekali mengurut wajah dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

  • Dengan berwudhu
  •  Ketika bersikat / bercermin
       Ya Allah sebagaimana Engkau menciptakan aku dengan sebaik baiknya, maka perbaikilah kelakuanku /        akhlakku
  •  Ketika didalam Solat
           Aku hadapkan wajahku kepada Zat yang telah menciptakan langit dan bumi dengan lurus berserah                diri dan aku bukanlah orang yang menyekutukan Allah.  
  • Sujud
         Aku Sujudkan wajahku kepada Zat yang menciptakannya dan memberikan tampilan dan memberinya            pendengaran dan penglihatan, Maha Suci Allah Sebaik baik Pencipta.
  •  Memberi Salam
          Ketika kita mengucapkan "salam" kepada saudara kita sesama muslim, wajah kita  cerah / berseri-    
          seri.
  •  Dengan memperbanyak senyuman
  •   Menghilangkan rasa perasaan iri hati & hasad Dengki
           Orang yang di hatinya dipenuhi rasa iri dan dengki, tentunya akan sulit sekali tersenyum, bahkan                    mukanya akan selalu masam, cemberut, muram dan sinis.

           Orang yang di hatinya bersih dari rasa iri dan dengki, akan berwajah tenang, tenteram, penuh senyum            dan penuh kelembutan.


HASIL PERAWATAN WAJAH

Di dunia wajah kita selalu cerah dan jernih mudah tersenyum, damai, teduh
Di hari kiamat: wajah kita jadi putih berseri pada hari di mana manusia terbagi menjadi dua golongan:
1) Golongan yang wajahnya putih berseri
2) Golongan yang wajahnya hitam

Friday 16 May 2014

TIPS MENURUNKAN BADAN SECARA SIHAT

Tips Menurunkan Berat Badan Yang Ideal Secara Sihat.

Manusia dilahirkan dengan bentuk fizikal yang berbeza-beza. Oleh yang demikian, tidak semua orang yang memiliki ketinggian, bentuk badan dan berat badan yang sama.

Walaubagaimana pun, bukan bentuk badan yang perlu dijadikan keutamaan tapi yang lebih penting ialah dengan mengekalkan berat badan yang ideal dan sihat.

Untuk mengetahui samada anda mempunyai berat badan yang ideal atau tidak, anda perlu mengukur Body MASS Index ( BMI ). Berat badan yang ideal ialah yang dikategorikan sebagai sederhana ( tidak gemuk / kurus )

Bagi sesiapa yang ingin melihat berat badan sedemikian, maka disarankan untuk mengelakan atau mengurangkan makanan yang banyak berkalori, berlemak, berminyak. Tetapi jangan pula sampai berlapar sehingga tidak menyentuh sebarang makanan semata-mata ingin kurus.

Makanlah dengan cukup dan teratur dengan memperbanyakkan pengambilan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur- sayuran kerana ianya memberi banyak zat yang diperlukan didalam badan.

Cuba amalkan langkah-langkah berikut untuk menurunkan berat badan ke tahap yang IDEAL...

1- Tanamkan Azam dan bertindak untuk menurunkan berat badan secara perlahan-lahan, lebih kurang 1 KG seminggu.

2- Makan nasi, roti atau bujirin tanpa tambahan lemak dan gula didalam penyediaannya.

3- Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang berkalori tinggi.

4- Elakkan pengambilan Beralkohol

5- Elakkan pengamilan makanan ringan diantara waktu malam.

6- Makan pada waktu yang tetap.

7- Makan di tempat khas yang disediakan.

8- Gunakan pinggan yang kecil dan elakkan menambah makanan yang kandungan lemak.

9- Kurangkan pengambilan gula dan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.

10- Cuba bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 20 minit setiap sesi.

11- Pengambilan secara konsisten Set Slimming Shaklee.
      Lecithin- membakar
      Herba lax / Alfalfa - membuang
      Esp / Cinch - membina


Tuesday 13 May 2014

Set Migrain

Siapa yang pernah alami sakit MIGRAIN?? Sakit migrain boleh menyebabkan pengsan ketika ianya menyerang kerana terlampau sakit.. . dan juga boleh menyebabkan  muntah teruk sampai lembik sehingga di masuk wad kecemasan gara-gara panahan migrain.
Apa itu migrain??
============

Sakit kepala yang berlaku berulang, berdenyut-denyut selalunya terjadi sebelah kepala sahaja.
Ada juga yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala. 
Dalam kes yang teruk, migrain menyebabkan pening , muntah, cirit-birit, pengekalan cecair badan dan sensitif kepada bunyi dan cahaya.


Apa yang boleh menyebabkan sakit MIGRAIN??
==================================

Ia berlaku bila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat. Migrain juga dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Kenapa ia berlaku sedemikian masih belum dikenalpasti secara jelas. Bagaimanapun, beberapa perkara penting yang menyebabkan fenomena ini berlaku adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

✔ Keturunan.

✔ Pemakanan.

+  Makanan yang mengandungi monosodium glutamate MSG (seperti Ajinomoto), cheese, nitrate, coklat, 
     kekacang, alkohol dan aspartame boleh menyebabkan migrain. 
+  Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah mungkin menyebabkan migrain.
+  Tidak makan atau lambat makan mengikut waktu juga boleh menyebabkan terjadinya migrain.
+ Orang yang kerap meminum minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, teh, nescafe, coca-cola dsb 
    selalu menghadapi “caffeine withdrawal syndrom” bila mereka cuba menghentikan tabiat mereka secara 
    mendadak. Sindrom ini sama dengan migrain. Ini adalah kerana kaffein menyempitkan saluran darah, dan 
    pemberhentiannya akan menyebabkan saluran darah mengembang.


✔ Hormon.

+ Turun naik hormon wanita
+ Mengandung.
+ Haid. Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum, semasa dan selepas datang haid.

+ Pil perancang. Ada pil perancang yang mengandungi oestrogen. Ini boleh menyebabkan migrain.

+ Menopause (putus haid). 

✔ Cara hidup.

✔ Berlaku pertukaran dalam masa tidur dan jaga. Terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migrain.

✔ Pemakanan yang tidak teratur (lihat di atas).

✔ Pengambilan ubat.

✔ Perubahan cuaca.

✔ Cuaca terang matahari atau lampu.

✔ Bunyi bising yang kuat. Bau yang kuat.

✔ Menonton tv, memandang skrin komputer dengan lama.

✔ Stress dan tekanan emosi.
✔ Merokok.

Cara Untuk mengelakkan MIGRAINE :
===========================
✔  Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
✔  Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
✔  elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
✔  Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
✔  Stress dan tekanan
✔  Jadual tidur yang tak tetap
✔  Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama


Rawatan :
======
 Bagaimana nak merawat? 

+ Menghadkan pemakanan dan makan secara teratur
+ Pengurangan stress seperti senaman yang kerap dan teratur
+ Cara hidup yang lebih teratur
+ Pengambilan vitamin Ostematrix , B Complex , Vita- C Plus Shaklee 
   secara konsisten.




Set Migrain ini terdiri daripada :
************************

1) Ostematrix 

Terdiri dari kalsium,magnesium dan vitamin D.Kalsium yang dapat meringankan stress,memperbaiki jantung berdebar,memperbaiki depresi,mood swing dan sakit kepala.Magnesium daoat membantu sistem saraf,pengecutan otot dan saraf,menstabilkan denyutan tidak sekata yang sering di hadapi oleh penghidap Migraine.

2) B complex 
mengandungi vitamin B2 dan B6 yang terbukti dapat mengurangkan kesakitan akibat migrain.Juga pengambilan vitamin ini dapat mengurangkan stress,strok dan depressi.

3) Vita C 
membantu memperbaiki insomnia , stress dan keresahan.

==================

 Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk Shaklee, samada kegunaan, cara penggunaan dan juga harga, mahupun membuat pesanan, boleh hubungi saya di:


Email : nazreen83peach@gmail.com

Facebook : Fieza Hafizah

SMS/WhatsApp: 013-7009622

No id : 894333

COD : MUAR , LEDANG, BATU PAHAT

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Monday 12 May 2014

B COMPLEX



B Complex Shaklee.
==============

Adakah anda mendapat Vitamin B yang mencukupi? Tekanan hidup, alkohol, dan ubat- ubatan berunsurkan dadah berupaya meningkatkan risiko pengurangan Vitamin B didalam tubuh. 

Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina metabolisme.

B Complex juga mempunyai penyaluran zat makanan berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrient penting iaitu asid folic. Jumlah asid folic yang mencukupi di dalam diet wanita terbukti dapat mengurangkan risiko melahirkan anak terencat akal atau masalah kecacatan saraf tunjang.


Khasiat utama vitamin B-Complex
=======================

1. Menukar makanan kepada tenaga
  • Membantu penghadaman
  • Membantu menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga, dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan
2. Melawan tekanan
  • Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
3. Membantu tumbesaran
  • menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak2
  • membantu pembinaan DNA dan sel2 baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang
4. Rambut beruban dan gugur
  • membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban
  • mengekalkan kesihatan rambut

5. Baik untuk mata
  • mengurangkan masalah keletihan mata
  • mencegah katarak
  • meningkatkan kualiti penglihatan
  • perkasakan memori dan daya pemerhatian serta fokus

6. Mencegah anemia
  • membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi
  • merangsang sirkulasi darah dalam tubuh
  • merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular
  • merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah2, mabuk darat atau laut

7. Meredakan senggugut
  • baik untuk masalah senggugut (PMS),
  • meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit
8. Mencegah perlcche
  • dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis)
  • mencegah jangkitan lidah (glossitis)
  • nafas berbau

9. Detoksifikasi
  1. meredakan alahan

Cara memilih vitamin B-Complex yang terbaik
===============================

mengandungi kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, b3 dan B12 tidak terlalu besar
elakkan pengambilan B-Complex yang menawarkan rumusan larut-air (sustain release)


Siapa yang boleh mengambil B-Complex?
============================
  • Ibu mengandung dan menyusu'
  • Untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan (membantu meningkatkan metabolisma dan menukarkan makanan kepada tenaga)
  • Mereka yang selalu keletihan
  • Mereka yang mempunyai masalah saraf
  • Mereka yang susah tidur malam (insomnia)
  • Mereka yang ingin mencegah migrain
  • Mereka yang mementingkan kecantikan kulit, rambut dan kuku.
==================

 Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk Shaklee, samada kegunaan, cara penggunaan dan juga harga, mahupun membuat pesanan, boleh hubungi saya di:


Email: nazreen83peach@gmail.com

Facebook: Fieza Hafizah

SMS/WhatsApp: 013-7009622

No id : 894333

COD : MUAR , LEDANG, BATU PAHAT

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Apa yang dikatakan STRESS



Apa itu stress??

satu tekanan, beban, konflik, keletihan,ketegangan, panik, perasaan gemuruh,anxieti, kemurungan dan hilang daya.

Gejala stress ini terhasil apabila seseorang itu merasa yang keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya.

Bagaimana kita beraksi kepada stress dan bagaimana baiknya kita mengawal stress adalah bergantung kepada bagaimana individu itu menerima dirinya.

Apakah Tanda-Tanda Stress?

Manifestasinya adalah berbagai-bagai dan ia boleh dikategorikan kepada empat bahagian :
Fizikal : 

Keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, meloya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.
Mental : 

Hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka.
Emosi : 

Risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.
Perangai : 

Keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki, makan yang berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.



Masalah Kesihatan Dan Penyakit-penyakit Yang Berpunca Dari Stress


Sakit jantung dan angin ahmar (stroke).

Stress akan menambahkan asid lemak (fatty acids) di dalam darah dan bahan-bahan ini akhirnya akan bertukar menjadi lemak asli dan kolesterol yang akan menutupi saluran pembuluh darah. Stress juga akan meninggikan tekanan darah di samping memudahkan proses pembekuan darah. Semua ini merupakan perubahan-perubahan yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung dan angin ahmar berlaku. (Health Education Associates, 1996; Stress and Heart Disease)

Insomnia atau susah tidur. 

Stress boleh menyebabkan masalah susah tidur dan susah tidur boleh menyebabkan stress, satu pusingan yang amat membinasakan. Di Amerika saja, jumlah mereka yang diserangi masalah ini menghampiri jumlah 36 hingga ke-62 juta orang. (Jeff Davidson, 1977; The Complete Idiot’s Guide To Managing Stress)

Kencing manis. 

Kesugulan dan tekanan hasil dari stress akan menambahkan kadar gula di dalam darah dan ini boleh membawa kepada penyakit kencing manis atau menerukkan keadaan pesakit yang telahpun mengidapnya. (Carol E. Watkins; Northern County Psychiatric Associates; 1998)

Gastrik dan ulser. 

Penyakit-penyakit pada sistem penghadaman seperti gastrik dan ulser juga mudah berlaku keatas seorang yang mengidap stress disebabkan oleh peningkatan pengeluaran asid ketika diserangi stress, terutamanya, jika ia menyebabkan kemurungan dan kemarahan yang bersangatan. (Ballieux, R.E., 1984; Breakdown in human adaptation to stress)

Infeksi atau jangkitan kuman. 

Tekanan atau stress juga akan menyebabkan pengeluaran bahan-bahan ‘catecholamines’ seperti ‘epinephrine’ dan ‘norepinephrine’ ke dalam darah. Bahan-bahan ini berperanan melemahkan sistem pertahanan badan dan ini sekaligus akan memudahkan kuman-kuman untuk menyerang dan menyebabkan penyakit-penyakit. (Stress and the Immune System by Hannah Koenker, 1994) Kajian juga telah menunjukkan bahawa keadaan stress akan meningkatkan peratus kemungkinan seseorang itu dijangkiti kuman di sekitar 74 ke-90% dan dijangkiti virus selsema di sekitar 27 ke-47%. Stress juga akan memudahkan virus yang tidak aktif menjadi aktif semula. (Brosschot, J.F., Benschop, R.J., Godaert, G.L.R., Olff, M., De Smet, M., Heijnen, C.J., Ballieux, R.E., 1994; Influence of life stress on immunological reactivity to mild psychological stress: Psychosomatic Medicine)

Asthma. 

masalah kesihatan disebabkan stressKetika menghadapi stress, pesakit yang mengidap lelah akan mudah diserangi oleh penyakit ini disebabkan oleh sistem pertahanan badan yang menurun ketika itu, yang akan memudahkan reaksi-reaksi tertentu berlaku di dalam darah yang akhirnya menyebabkan lelah. (Elliott G.R., Eisdorfer C., 1982; Stress and Human Health)



Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa stress juga adalah penyebab kepada beberapa penyakit yang lain seperti darah tinggi, sakit sendi (rheumatoid athritis), cirit-birit dan sakit usus (irritable bowel syndrome and ulcerative colitis), mandul dan alahan kulit. (Dr. Maria A. Smith, UTC School of Nursing; Advanced Pathophysiology: Stress & Disease, Chapter 9)