Sunday 15 June 2014

Peluang untuk mereka yang inginkan Kehamilan / Zuriat.








Set vitamin kesuburan Shaklee

Anak adalah anugerah ALLAH. Cahaya mata adalah harta paling beharga di dunia ini. Kehadirannya menjadi pengikat kasih sayang suami isteri. Namun tidak semua pasangan suami isteri begitu mudah mendapat zuriat. Ada yang cepat dan ada yang bertahun menanti barulah dikurniakan cahaya mata.  


Orang senang bercakap rezeki masing-masing. Tapi berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Pujian harus diberikan kepada mereka yg tidak kenal erti berputus asa. Usaha dan berdoa kepada Allah mesti berterusan!


Faktor Sukar Mendapat Cahayamata

·                     Kitaran haid tidak menentu sama ada 2 kitaran haid dalam sebulan atau 1 kitaran haid dalam     
               masa 2@3 bulan.
·                     Wanita yang darah haidnya terlalu banyak dan lama beserta dengan senggugut.
·                     Berat badan berlebihan antara punca tidak subur

Punca Wanita Tidak Subur. 

·                     Kegagalan berovulasi atau kegagalan menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan   
            ketidakseimbangan hormon.
·                     Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya
            disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan atau ketumbuhan pada bahagian     
            berkenaan (tiub falopio).
·                     Penyakit kelamin
·                     Penyakit berkaitan masalah pelvik.
·                     Merokok
·                     Pengambilan kafein yang berlebihan
·                     Terlalu kurus atau gemuk.

Punca Lelaki Tidak Subur.

+          Punca utama adalah disebabkan testis yang tidak normal
+           Punca yang lain adalah seperti duktul yang tersumbat
+           Masalah kelenjar aksesori yang menghasilkan cairan seminal
+           Gangguan hormon, teknik hubungan seks yang kurang berkesan dan faktor psikologi.
+           Masalah testis tidak normal berlaku apabila testis tidak turun ke skrotum (walaupun telah menjalani    pembedahan) dan jangkitan beguk merupakan punca utama infertiliti.


Set Kesuburan Lelaki.
================

Zinc Complex –

+      Mengaktifkan 200 jenis enzim – berkebolehan menggabungkan DNA, RNA dan protein, seterusnya merangsangkan regenerasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim didalam tubuh kita untuk memelihara metabolism gigi dan pertumbuhan para remaja.

+      Mempertingkatkan Sistem Imun- membantu  pengeluar  kelenjar thymus. Kelenjar thymus mempertingkatkan system imun dengan pengeluaran T- cells untuk menetang kanser dan menghalang infeksi penyakit.

+      Memperbaiki  masalah  Prostat -  Melindungi kesihatan Prostat , memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan prostatomegaly / pembengkakan prostat dalam kadar 70%

+       Kemampuan Seks Lelaki -  Pengambilan  zinc untuk jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks  yang bertenaga.

Vitamin E @ Vitamin Cinta.

+       Vitamin E adalah vitamin yang paling lengkap dipasaran. Mengandungi  10 mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap Vitamin E, memelihara membrane sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot.

+       Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif -  kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU – 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

+       Kelestarian Tenaga-  Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigan yang lebih.

+       Memperbaiki Arthritis -  Meningkatkan keanjalan salur darah , memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang,  pening,  buasir , urat  varikos dan sakit sendi.

CoQ10 HEALTH .

+       Kesuburan lelaki juga dipengaruhi oleh tenaga yang menurun akibat protein membentuk sebahagian besar sel-sel sperma dan bergantung kepada CoQ10.

+       Kajian menunjukkan bahawa punca utama kemandulan lelaki termasuk jumlah sperma yang rendah dan kualiti sperma yang kurang. Sperma yang baik ialah sperma yang mempunyai antioksidan yang tinggi.  Enzim CoQ10 dapat menghasilkan antioksidan yang kuat dan bermanfaat untuk kesuburan.

+    Fungsi antioksidan adalah melindungi telur dan sel sperma daripada kerosakan oksidatif yang membawa kepada kematian sel. CoQ10dapat meningkatkan kedua-dua air mani dan sel sperma dan meningkatkan pergerakan sperma.
+        Coq Health Plus Shaklee berbeza dengan jenama lain. Coq Health Plus Shaklee turut mengandungi vitamin E  dengan Green Tea Extract. Kombinasi CoQ10 & Vita-E dipercayai untuk mengukuhkan keupayaan antioksidan yang terdapat didalam Vita E kerana CoQ10 membantu mengitar & menjana semula Vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.

Set Kesuburan  Wanita :
===================

Gla Complex :

+        Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega – 6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilan.

+       Mengawal  selia estrogen dan Testosteron -  GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki symptom PMS seperti kesakitan , mood swing, retensi air dan sakit payudara.

+       Melambatkan Menopaus -  Memperbaiki keadaan menopaus  seperti  hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, member tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.

+        Menghalang Komplekasi diabetes -  Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua.  Meringankan  kebas  dan kesakitan disebabkan oleh gula darah  yang tinggi.

Alfalfa Complex :

+         Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS

B  Complex :

+        Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah Vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui system pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B Complex setiap hari.

+       Melawan Tekanan  ( stress ) -  Memastikan kesihatan fungsi saraf sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia

+       Menukar makanan kepada tenaga -  Bantu penghadaman , menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan.

+       Meredakan senggugut -  baik untuk masalah senggugut ( PMS ), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

+       Detoksifikasi -  meredakan alahan.

Vita – Lea :

+       Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Isteri perlu melengkapkan kesihatan diri dengan mengambil multivitamin ini.

Esp  ( Energizing Soya Protien ) :

+       Baik untuk hormone -  Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormone wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol , mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

+       Baik untuk prostat -  Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum  ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovary, menopaus dan  pembesaran  prostat.

+         Pembekal Tenaga – Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan system imun, maka ia            baik untuk kekal bertenaga , mencegah migraine, imsomnia dan tekanan.

+         Membaiki Memori -  meningkatkan kualiti memori , vitality, dorongan seksual dan rangsangan.

+         Membaiki Pigmentasi – Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi , kedutan dan kesan tua.




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

Nor hafizah Bte Rohani
♥ sms/whatsApp: 013-7009622
♥ Emel :  nazreen83peach@gmail.com
♥ Fb: fieza hafizah & ummi vita kiosk   sila klik LIKE utk info terkini



PERINGATAN:
Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini.


Hubungi saya untuk konsultasi percuma dan dapatkan harga istimewa untuk set kesuburan wanita ini. Tips eksklusif dan cara pemakanan akan diberikan kepada mereka yang membeli dangan saya sahaja. 


Wednesday 11 June 2014

Kelebihan Vitamin Cinta ( Vitamin E )

Kelebihan / Manfaat Vitamin E yang dikatakan Vitamin Cinta..
==========================================






Pelbagai Vitamin yang berada di pasaran sekarang ni.. tapi kita tidak tahu kualiti vitamin yang berada dipasaran... tapi apa Perbezaan Vitamin Shaklee??

+ Ianya diperbuat dari minyak soya organik dan minyak gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis Vitamin E ( alpha, beta, gama, delta ). Ianya adalah Vitamin E yang paling lengkap dipasaran.

+ Mengandungi 10 mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.


Manfaat / Kelebihan utama Vitamin E:
==========================

1-  Melindungi Jantung.



Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid , meningkatkan kolestrol HDL , mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat kedinding arteri, menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dan lain2.


2-  Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif.





Kajian pada tahun 1924, memdapati Vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.
Kaum lelaki sangat penting dengan pengambilan Vitamin E ni kerana mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.


3-  Anti Penuaan 

Artis pun mengamalkan Vitamin E.

1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus , parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.


4- Anti- Oksidan yang kuat.



Pengambilan lebih dari 1,200 IU sehari untuk anti-oksidan  yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi- katarak dan masalah penglihatan.

5-  Kelestarian Tenaga .


Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih. Lelaki perlu/ penting dengan pengambilan Vitamin E ini kerana :

  • Menghasilkan / meningkatkan kiraan Sperma


                                             

  • Meningkatkan paras testosteron di dalam badan
  • Memperbaiki kualiti dan pergerakkan sperma
  • Mengelakkan cepat letih dan lesu.
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Mengelakkan mati pucuk

6- Memperbaiki Arthritis - Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi.


7-  Menghalang Keguguran.



Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin, keguguran.


8-  Memperbaiki Parut.



Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.


Banyak sangat kelebihan yang sangat bagus kan.. apa lagi.. Jangan tunggu- tunggu lagi.. dapatkan segera...



Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk Shaklee, samada kegunaan, cara penggunaan dan juga harga, mahupun membuat pesanan, boleh hubungi saya di:


Email : nazreen83peach@gmail.com


Facebook : Fieza Hafizah

SMS/WhatsApp  : 013-7009622

No id : 894333

COD : MUAR , LEDANG, BATU PAHAT

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.




Tuesday 10 June 2014

Apa itu penyakit Gout?

Apa yang dikatakan penyakit Gout?
========================
Gout. Gout dikenali sebagai sejenis penyakit arthritis yang paling menyakitkan. Ia disebabkan oleh kristal (dari asid urik) yang berbentuk jarum terbentuk dan berkumpul di antara sendi-sendi.

Apa itu gout?

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing.

Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia., sejak zaman dahulu kala lagi.

Pada masa dahulu, gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.

Siapa yang berisiko tinggi mendapat penyakit Gout?
===================================
Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. Dan mereka yang mengamalkan makanan yang tinggi protein.

Apa Tanda-tanda gout?
================

1- Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.

2- Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.

3- Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. Sakit juga mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.

4- Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Kenapa gout ini sangat sakit dan tak boleh diurut?
=================================

Ini disebab asid urik ini tajam. Kalau diurut, akan bertambah sakit. Dan asid ini juga bersifat menghakis, kalau dibiarkan lama, boleh terbentuk jadi kristal yang tajam.

Komplikasi / Kesan pada pesakit Gout.
===========================

1- Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan yang dipanggil ‘tophi’

2- Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ‘batu karang’.

3- Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti kegemukan, darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan kencing manis.

Cara Rawatan

- Ubat-ubatan anti radang (tahan sakit) berkesan untuk mengurangkan sakit,dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut (gastrik), ada sesetengah ubat tahan sakit mengakibatkan loya, muntah dan cirit-birit.

- Pengambilan set Shaklee untuk penyakit Gout : 

+ Alfalfa - detoks semulajadi bertugas menyingkirkan toksik dari badan. Pengamal Alfalfa perlu mengambil air yang banyak (sebaik-baiknya 3-4Liter sehari) untuk membantu melancarkan proses detoks.

+ Performance Drink - memelihara atau seimbangkan kandungan air dalam badan supaya badan tidak mengalami dehidrasi. Pesakit gout perlu menyingkirkan asid urik dengan lebih kerap kencing. Air yang mencukupi dalam badan amat penting untuk melancarkan proses pembuangan asid urik. Performance Drink berfungsi mengantikan air yang hilang dan memelihara tahap air dalam badan pesakit.

+ Omega Guard – mengelakkan keradangan sendi dan mengurangkan kesakitan.

Bagi mereka yang mengidap gout, cuba elakkan atau kurangkan makan makanan yang kaya dengan purin seperti:

- Organ dalaman seperti hati, paru, jantung dan limpa.

- Ikan bilis, ikan masin, ikan kembung dan ikan yang berbisa atau bersengat.

- Daging cincang

- Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging

- Makanan laut dan bercengkerang seperti ketam, udang, sotong dan kerang

- Asparagus, bunga kobis, cendawan, brokoli dan bayam.

- Kekacang seperti kacang tanah, lentil, kacang soya, dal, kacang panjang dan kacang buncis.

- Poultry (daging ayam yang telah diproses)

- Roti jagung dan bijirin.

- Makanan bercuka seperti sardine, kicap dan sayur jeruk

- Buah-buahan seperti jagung, limau, mangga dan semua jenis jeruk.

Monday 9 June 2014

Akibat kekurangan Air masak



Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Kadang-kadang kita terfikir..mesti x cukup tidur kan??? tapi  bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam mesti tidur nyenyak,” rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 % air dan 55 % bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 % berat jantung, 90 % berat paru-paru dan 82 % kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80% sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

==) Kesan kekurangan cecair:

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

+ Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
+ Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
+ Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan        bercetak
+ Tekanan darah menurun
+ Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
+ Lesu pada waktu siang
+ Sakit belakang
+ Dehidrasi
+ Sakit kepala
+ Memperlahankan kadar metabolisma
+ Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
+ Sendi dan otot mengalami kekeringan
+ Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
+ Meningkatkan keinginan untuk makan
+ Darah menjadi pekat
+ Mudah keliru.
+ Degupan jantung meningkat
+ Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan