Tuesday 10 June 2014

Apa itu penyakit Gout?

Apa yang dikatakan penyakit Gout?
========================
Gout. Gout dikenali sebagai sejenis penyakit arthritis yang paling menyakitkan. Ia disebabkan oleh kristal (dari asid urik) yang berbentuk jarum terbentuk dan berkumpul di antara sendi-sendi.

Apa itu gout?

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing.

Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia., sejak zaman dahulu kala lagi.

Pada masa dahulu, gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.

Siapa yang berisiko tinggi mendapat penyakit Gout?
===================================
Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid. Dan mereka yang mengamalkan makanan yang tinggi protein.

Apa Tanda-tanda gout?
================

1- Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.

2- Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.

3- Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. Sakit juga mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.

4- Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Kenapa gout ini sangat sakit dan tak boleh diurut?
=================================

Ini disebab asid urik ini tajam. Kalau diurut, akan bertambah sakit. Dan asid ini juga bersifat menghakis, kalau dibiarkan lama, boleh terbentuk jadi kristal yang tajam.

Komplikasi / Kesan pada pesakit Gout.
===========================

1- Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan yang dipanggil ‘tophi’

2- Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ‘batu karang’.

3- Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti kegemukan, darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan kencing manis.

Cara Rawatan

- Ubat-ubatan anti radang (tahan sakit) berkesan untuk mengurangkan sakit,dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut (gastrik), ada sesetengah ubat tahan sakit mengakibatkan loya, muntah dan cirit-birit.

- Pengambilan set Shaklee untuk penyakit Gout : 

+ Alfalfa - detoks semulajadi bertugas menyingkirkan toksik dari badan. Pengamal Alfalfa perlu mengambil air yang banyak (sebaik-baiknya 3-4Liter sehari) untuk membantu melancarkan proses detoks.

+ Performance Drink - memelihara atau seimbangkan kandungan air dalam badan supaya badan tidak mengalami dehidrasi. Pesakit gout perlu menyingkirkan asid urik dengan lebih kerap kencing. Air yang mencukupi dalam badan amat penting untuk melancarkan proses pembuangan asid urik. Performance Drink berfungsi mengantikan air yang hilang dan memelihara tahap air dalam badan pesakit.

+ Omega Guard – mengelakkan keradangan sendi dan mengurangkan kesakitan.

Bagi mereka yang mengidap gout, cuba elakkan atau kurangkan makan makanan yang kaya dengan purin seperti:

- Organ dalaman seperti hati, paru, jantung dan limpa.

- Ikan bilis, ikan masin, ikan kembung dan ikan yang berbisa atau bersengat.

- Daging cincang

- Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging

- Makanan laut dan bercengkerang seperti ketam, udang, sotong dan kerang

- Asparagus, bunga kobis, cendawan, brokoli dan bayam.

- Kekacang seperti kacang tanah, lentil, kacang soya, dal, kacang panjang dan kacang buncis.

- Poultry (daging ayam yang telah diproses)

- Roti jagung dan bijirin.

- Makanan bercuka seperti sardine, kicap dan sayur jeruk

- Buah-buahan seperti jagung, limau, mangga dan semua jenis jeruk.

No comments:

Post a Comment