Sunday 18 May 2014

Petua Awet Muda Cara Islam



Petua Awet muda Cara Islam..

  • Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi... amalkan petua ini. Urutkan wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi dengan selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
  • Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan di dalam mulut selama 10 saat dan sambil selawat 3 kali, kemudian baru diteguk. Air liur mempunyai enzim yang boleh dijadikan ubat.
  • Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu , isnin, khamis, jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku atau rambut yang dipotong atau gugur. 
  • Semasa berdandan di waktu pagi, baca selawat ke atas nabi di kedua-dua dan diraupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusof. Amalkan setiap pagi.
  • Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita sebenar, amalkan petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah Yusuf, kemudian minum air suam sebanyak tiga kali teguk sahaja. Wajah kalian akan sentiasa nampak muda.
  • Hafalkan ayat 35-36 surah Al - Waqiah. Bacalah didalam hati setiap kali mandi untuk curahan yang pertama, mulakan dari kepala.
  •  Muka kita biasanya bangun dari tidur akan berminyak. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut( dagu ). Pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung, dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi dan di susuli dengan meminum air suam setiap pagi, perlu di ingatkan jangan sesekali mengurut wajah dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

  • Dengan berwudhu
  •  Ketika bersikat / bercermin
       Ya Allah sebagaimana Engkau menciptakan aku dengan sebaik baiknya, maka perbaikilah kelakuanku /        akhlakku
  •  Ketika didalam Solat
           Aku hadapkan wajahku kepada Zat yang telah menciptakan langit dan bumi dengan lurus berserah                diri dan aku bukanlah orang yang menyekutukan Allah.  
  • Sujud
         Aku Sujudkan wajahku kepada Zat yang menciptakannya dan memberikan tampilan dan memberinya            pendengaran dan penglihatan, Maha Suci Allah Sebaik baik Pencipta.
  •  Memberi Salam
          Ketika kita mengucapkan "salam" kepada saudara kita sesama muslim, wajah kita  cerah / berseri-    
          seri.
  •  Dengan memperbanyak senyuman
  •   Menghilangkan rasa perasaan iri hati & hasad Dengki
           Orang yang di hatinya dipenuhi rasa iri dan dengki, tentunya akan sulit sekali tersenyum, bahkan                    mukanya akan selalu masam, cemberut, muram dan sinis.

           Orang yang di hatinya bersih dari rasa iri dan dengki, akan berwajah tenang, tenteram, penuh senyum            dan penuh kelembutan.


HASIL PERAWATAN WAJAH

Di dunia wajah kita selalu cerah dan jernih mudah tersenyum, damai, teduh
Di hari kiamat: wajah kita jadi putih berseri pada hari di mana manusia terbagi menjadi dua golongan:
1) Golongan yang wajahnya putih berseri
2) Golongan yang wajahnya hitam

No comments:

Post a Comment