Friday 16 May 2014

TIPS MENURUNKAN BADAN SECARA SIHAT

Tips Menurunkan Berat Badan Yang Ideal Secara Sihat.

Manusia dilahirkan dengan bentuk fizikal yang berbeza-beza. Oleh yang demikian, tidak semua orang yang memiliki ketinggian, bentuk badan dan berat badan yang sama.

Walaubagaimana pun, bukan bentuk badan yang perlu dijadikan keutamaan tapi yang lebih penting ialah dengan mengekalkan berat badan yang ideal dan sihat.

Untuk mengetahui samada anda mempunyai berat badan yang ideal atau tidak, anda perlu mengukur Body MASS Index ( BMI ). Berat badan yang ideal ialah yang dikategorikan sebagai sederhana ( tidak gemuk / kurus )

Bagi sesiapa yang ingin melihat berat badan sedemikian, maka disarankan untuk mengelakan atau mengurangkan makanan yang banyak berkalori, berlemak, berminyak. Tetapi jangan pula sampai berlapar sehingga tidak menyentuh sebarang makanan semata-mata ingin kurus.

Makanlah dengan cukup dan teratur dengan memperbanyakkan pengambilan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur- sayuran kerana ianya memberi banyak zat yang diperlukan didalam badan.

Cuba amalkan langkah-langkah berikut untuk menurunkan berat badan ke tahap yang IDEAL...

1- Tanamkan Azam dan bertindak untuk menurunkan berat badan secara perlahan-lahan, lebih kurang 1 KG seminggu.

2- Makan nasi, roti atau bujirin tanpa tambahan lemak dan gula didalam penyediaannya.

3- Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang berkalori tinggi.

4- Elakkan pengambilan Beralkohol

5- Elakkan pengamilan makanan ringan diantara waktu malam.

6- Makan pada waktu yang tetap.

7- Makan di tempat khas yang disediakan.

8- Gunakan pinggan yang kecil dan elakkan menambah makanan yang kandungan lemak.

9- Kurangkan pengambilan gula dan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.

10- Cuba bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 20 minit setiap sesi.

11- Pengambilan secara konsisten Set Slimming Shaklee.
      Lecithin- membakar
      Herba lax / Alfalfa - membuang
      Esp / Cinch - membina


No comments:

Post a Comment